Monday, August 31, 2009

Apa itu Hari Kemerdekaan?

Merdeka boleh didefinasikan sebagai bebas. Bebas dari jajahan kuasa asing di tanah air sendiri. Setiap tahun Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos. Sejak saya tadika lagi guru-guru sudah mengatakan mengenai Hari Kemerdekaan. Tetapi ketika itu saya kecil lagi. Tidak mengerti apa yang guru katakan. Saban tahun saya membesar, memasuki sekolah rendah guru-guru masih mengatakan tentang Hari Kemerdekaan. Dan saya masih tidak dapat mengertikannya. Ketika di sekolah menengah, matapelajaran sejarah tentang menceritakan bagaimana malaysia mencapai kemerdekaan. Dan ohh itulah Hari Kemerdekaan.

Namun apabila tiba Hari Kemerdekaan perkara yang saya ingat ialah Cuti, Rancangan Televisyen yang menarik dan BungaApi. Ini menunjukkan saya masih tidak tahu apa itu Hari Kemerdekaan. Mungkin tidak cukup agaknya pengetahuan saya mengenai Hari Kemerdekaan.

Apa itu Hari Kemerdekaan pada pandangan anda?

Seperti mana yang di ketahui merdeka membawa erti bebas. Bebas melakukan apa sahaja. Mungkin Hari Kemerdekaan merupakan hari kita untuk bebas melakukan apa sahaja. Mungkin ya mungkin tidak. Semangat kemerdekaan memang semakin luntur di kalangan kita.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

3 comments:

Zu--LfADh..^li--->>suCEsS said...

erkkkk~

yg xde blog said...

menonton "1957: Hati Malaya", mungkin? Heh..

Si Curhat said...

merdeka dari hutang piutang!


oh PTPTN!