Sunday, February 22, 2009

"Warung Bini Saad"

selamat bertemu kembali ke rancangan B.O.S.A.N saje dinding itu.. haiz.. aku da tak tahu nak menulis tentang ape sudah. tapi tadi aku terlihat sesuatu yg menarik ketika pulang dari gemencheh.

"Warung Bini Saad"

Ia telah membuatkan semua org konfius dan jugak terase mahu gelak. Nama itu agk unik dan jarang di temui. Lantas aku berfikir. eh ade juga org nk gune name macam itu utk kedai beliau. Wah. sgt berani langkah beliau. Kerana ape berani? Sebab nama itu bakal menimbulkan pencanggahan.

Pencanggahan tersebut adalah :

1. Jika seseorang individu bertanyakan kepada anda, anda makan dimana.

Dan anda menjawab "warung bini saad"
Itu akan membuatkan mereka bertanya sekali lagi.
"yela, ape name tempat tu"
dan anda terpakse mengulang jawapan anda kerana mereka sangka anda hendak bermain-main suku kata dgn beliau .Dan perkara itu akan berlanjutan sesi tanya menanya sehingga salah seorang daripada anda menghentakkan kepala salah seorang kerana tidak puas hati. Ini adalah sgt mendukacitakan.

Namun begitu, ada juga kebaikan nya.
Kita tidak perlu lagi tanya siapakah gerangan pemilik kedai tersebut kerana kita sedia maklum bahawa empunya kedai itu adalah BINI kepada si SAAD.

Ironinya,
Jika sesebuah nama kedai itu menggunakan nama dalam bahasa melayu kita aku berasa sgt pelik. Tetapi cuba kita bayangkan ade kedai yg bernama dalam bahasa inggeris seperti Uncle Nims. Kita tidak pula berasa pelik. Nampak macam best je kan.
Tidak mustahil jika warung Bini Saad terkenal satu hari nanti pasti ia akan jadi ikutan ramai. Mesti warung itu akan jadi COOL giler.
Harap2 begitu lah. tapi macam HARAPAN la jefri oi.

kesimpulan nya jika aku nk bukak kedai mkan aku mahu cuba dgn nama

"WArung Cucunya Hj Arif"

pasti laku bukan?

p/s:

nasib baik dia buat Warung Bini Saad. Kalau dia buat Warung JANDA Saad, pasti warung itu akan di boikot oleh semua isteri di kampung tersebut kerana takot suami mereka aku cube usha janda tu dan menjadi warung kegemaran DUDA2 di kampung itu. HAHA.


haziq emphaty.

11 comments:

Azlan #11 said...

baik taruk name sendiri, uncle nims tu name sendiri, bini saad bukan name tp title. Cuba kalo dia bercerai, maka warung itu kena tukar nama. atau cuba saad kahwin baru, maka nama warung itu kena modify jd warung bini tua saad. bagaiman pula kalau dia tuka suami? warung janda saad, bini polan?

tp kalo namenye smsszzsaksjdhasdh mcm kdai tayar kat taman warisan lagi la x gune, nak sebut pon x leh.... (-_-")

~Haha, name kdai org lain pon nak pikir panjang2 sampai komen mcm buat esei jawab soalan biology SPM

haziqemphaty said...

Azlan-

agk setuju dgn pendapat lu.. kalu name susah nk sebut lagi la bikin org susah. kesimpulan nya cuba gune name bunga2an mahupun benda yg senang di sebut.. seperti

warung mawar wangi special.

p/s:
lepas geram mase spm x dpt jawap panjang2. semua ala kadar je. HAHA.

Si Curhat said...

kenapa perlu letak "WARUNG CUCUNYA HJ ARIF"?

kenapa tak letak "WARUNG CUCU YANG SELALU BETOLKAN LAMPU RUMAH HJ ARIF (WPUN SEDANG BALIK BERCUTI DI KAMPUNG)"?


lebih cool krn dua perkara:

1. ownernya merupakan cucu yg soleh dan baik..pasti menjadi pilihan para ibubapa yg ramai anak gadis yg masih single..
2. satu2nya warung yg menawarkan servis menukar lampu rumah..

go ajiq3..realisasikannya!! =p

azmahal said...

baik letak nama warung wak leman gobel, lagi cool beb..

haziqemphaty said...

izzati -

hahahahaha..
baik buat
"warung Anak pak seth btolkan tv dan perkakas elektrik"

baru ah cool.

azmahal-

hahahaha..
sumpah name x boley blah..
warung leman gobel terbaik.
hahaha..=D

fakhruddin said...

nice story to be shared with x]

azmahal said...

mula2 ingat warung bini saad tu yg kat telok bakung tu, tu bini saad gak pe!

haziqemphaty said...

kudin-
hahaha..
xde la nice mane.. merepek je lebih.


azmahal-

hahahaha..bukan warung bini saad jonet..
ini "warung bini saad"

Si Curhat said...

aah..mula2 kita pun ingat warung bini sad jonet..hehehe..pastu dlm hati kata: giler poyo cik mimah..hehe..=p

haziqemphaty said...

hahahah..
kan da kata..
"warung bini saad" nie menimbulkan byk pencanggahan..
=P

hahaha..

Irham Manan said...

HAHAHA

Sengal gila PA aku. Ouihhh... PA?

Anyways, I was actually expecting you to at least mention something sounds like Jr ke...

Sombong sial kau! Gay!