Sunday, November 8, 2009

Kejap!

Kejap! hehe. bukak page ni kejap je! saje je nk update setelah lame gilak yg amat x update. Sekarang tgh cuti. wooo. lame jugeee. Alhamdulillah lepas naik degree. Setelah menambah satu sem. =.=" ( perghh da pandai gune simbol tu)

Jumpe kita next 30 Nov ye. hehe.

Jom layan lagu Through my window iklan TM. Mantappp.

anda dah Potong? Berbaloi-baloi.

Monday, August 31, 2009

Apa itu Hari Kemerdekaan?

Merdeka boleh didefinasikan sebagai bebas. Bebas dari jajahan kuasa asing di tanah air sendiri. Setiap tahun Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos. Sejak saya tadika lagi guru-guru sudah mengatakan mengenai Hari Kemerdekaan. Tetapi ketika itu saya kecil lagi. Tidak mengerti apa yang guru katakan. Saban tahun saya membesar, memasuki sekolah rendah guru-guru masih mengatakan tentang Hari Kemerdekaan. Dan saya masih tidak dapat mengertikannya. Ketika di sekolah menengah, matapelajaran sejarah tentang menceritakan bagaimana malaysia mencapai kemerdekaan. Dan ohh itulah Hari Kemerdekaan.

Namun apabila tiba Hari Kemerdekaan perkara yang saya ingat ialah Cuti, Rancangan Televisyen yang menarik dan BungaApi. Ini menunjukkan saya masih tidak tahu apa itu Hari Kemerdekaan. Mungkin tidak cukup agaknya pengetahuan saya mengenai Hari Kemerdekaan.

Apa itu Hari Kemerdekaan pada pandangan anda?

Seperti mana yang di ketahui merdeka membawa erti bebas. Bebas melakukan apa sahaja. Mungkin Hari Kemerdekaan merupakan hari kita untuk bebas melakukan apa sahaja. Mungkin ya mungkin tidak. Semangat kemerdekaan memang semakin luntur di kalangan kita.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Berpuasa!

Di kesempatan singgah sahur ini, saya iaitu Muhammad Haziq bin Azman, ulang suara jika ada yg di belakang sana tidak mendengarnya ingin mengucap kan SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca-pembaca blog ini yang dikatakan mencecah lebih 1000 org membaca nye setiap hari mungkin kerana salah satu daripada 8 top blogger Malaysia selepas REDMUMMY dan BEAUTIFULNARA. Ya. propaganda itu semua. Teeetttttttttt.


PERUT LAPAR LEMAH BADAN,
JADIKAN ALASAN SKIP KELAS,
MARI BEPUASA SEBULAN RAMADHAN,
BERPUASA DGN HATI IKHLAS.

Tuesday, August 11, 2009

Saya rasa nk~

Saya rase nk main congkak, tapi semua org main facebook. COOL~

Saya rase nk kuar jalan-jalan, tapi H1n1 sedang sibuk berkeliaran. RAWR~

Saya rase nk makan, tapi saya sangat bosan. MIAWW~

Tuesday, August 4, 2009

Thank you!

Sunday, June 14, 2009

entri utk BBB.

yuhu!

Ketika aku otw balik mendgr lagu di handphone tetibe BBB call aku. Eh. ape kena budak ni tetibe call, selalu text aku je. lepas tu aku jwap le.
BBB:
"weh, kau kat ne?"
aku:
"aku otw balik bp lah weh"
BBB:
"ohh. haha, kau x igt ke hari ni berapa hari bulan?"
aku:
"13 june la. apesal?"
BBB:
"birthday gua lah. Lu lupe kan birthday kawan lu."
aku:
"hahaah. sorry doh aku lupe! Selamat hari lahir Apex atau name sebenar Shah. nt aku buat entri khas kat blog utk kau weh"
BBB:
"okay mantap. hahah. chow"

semoga anda panjang umur dan murah rezeki doh.
berjaya di uniten weh!
apex atau BBB ( budak baru Birthday) hahaha. ade mcm style kau x? hahahaha.



haziqemphaty.

Saturday, June 6, 2009

Ohh. Padan la.

Listening to: Fake Tales of San Francisco by Arctic Monkeys
Mood: Final Exam
Playing: Tumblebugs Stage 8 ( tak lepas2 masuk stage 9 syial je)
Thinking: Tips for phys,chem, dan calculus.
(cubaan kedua meniru gaya permulaan blog dengan begini)


Dua hari lagi start final exam. wow. Semester 3 sudah sampai klimaks nya. Semua Siswa dan Siswi sedang berusaha sebaik mungkin untuk final exam. Bagi mereka yg sudah pasti dapat masuk degree boleh tersenyum simpul malu2 dengan menidak kan bahawa mereka dah konfrim masuk.eleh. humble lah tu. Bagi yg tidak pasti dapat lepas degree sedang sibuk memikirkan pointer yang sesuai. Bagi yang repeat, ahhh korang lagi satu semester, nk pikir degree next semester ye.

Simpton2 final exam telah muncul. seperti :

1. tido lambat stay up sampai pagi.
2. study di library walaupun pada awal semester tak nk pule study disana.
3. Pertuturan sudah tonggang-langgang seperti "Real madrid masuk kaka?"
4. Semua makan tapau di upten. Kalau tak semua nk makan kat luar je.
5. jiwa tidak keruan ohh.
6. Bermain tumblebugs.

Selamat menjawab semua. Semoga sama-sama kita mengharungi final exam. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Selamat Berjaya.


haziqemphaty.

p/s : Update sebelum Final Exam.
(cube kira berape kali aku mention Final Exam)

Thursday, May 21, 2009

Final Exam.

Listening to: Lemon Tree- Fool's Garden
Mood: Bahan Mr Lim Chee Siong
Playing: Formulae Physic
Thinking: Cubaan meniru style mereka2 yg memulakan blog dgn cara begini.



2 minggu lagi final exam bagi student foundation UNITEN.
Gooooooood Luck Semua.
=)



P/S: PLAYSTATION 2

Tuesday, May 5, 2009

Its All About Be Yourself.

I'm just being myself.
And Thats enough.

If there is people out there that cant accept me being myself.
What i'm suppose to do?
Thats what we called life my dear friends.


haziqemphaty.

Thursday, April 23, 2009

Pilihan Minggu Ini.

Hari Rabu 22 April 2009

Terima kasih Yayasan Tenaga Nasional.



haziqemphaty.

Tuesday, March 31, 2009

Mari menyambut hari lahir.

entri ini utk 2 org rakan saya iaitu Ariff Danial dan Fariz.
diorg lahir pada hari yg hampir sama iaitu 30 march dan 31 march.
sempena kelahiran korang kat dunia yg indah ini aku ingin mengucap kan :

1. selamat hari lahir. of course la kan. hahaha.
2. semoga panjang umur dan murah rezeki. (sungguh klise)
3.semoga korang berjya dalam bidang yg di minati.
4.mendapat pointer yg termanntooop. hahaha.


ariff danial merupakan salah seorg LEI. ahahaha. sebagai naib presiden LEI. aku nk bagi ucapan semoga kau setia dgn LEI. hahahaha. dan doakan aku sekali ye. =P


p/s:
sudah dua post tentang birthday. agk2 birthday aku org igt x? hahahah.

haziqemphatylei.

Friday, March 27, 2009

Selamat hari lahir ke 18 Aidil Azlan a.k.a Carbon X

yeah!

mari kita bersama menghadiahkan ucapan kepada tuan empunya badan iaitu Aidil Azlan.selamat datang ke umur 18. hahaha. sudah lame wa 18 tahun la. semoga lu senantiase sehat dan bahagia bersama yg tersayang ngan tercinta. dan juge semoga anda berjaya di uniten yg sgt "hebat" ni. dah 18 tahun ni pandai2 jage diri.

mari kita selidik latar belakang si birthday boy ni. boy lagi ke? dah besar kot.hahaha.beliau seperti mane kita ketahui lahir pada 27 march 1991. dan di beri name AIDIL AZLAN. mase kecil beliau sgt comel sehingga semua org suke mencubit pipi beliau yg sangat gebu. ( statement maut). kemudian beliau membesar. masuk darjah 1 sehingga form 5. satu fakta menarik beliau merupakan pelajar lompat PTS. beliau seorg yg bijak dan sgt menyukai benda2 yg melibatkan kelajuan. bermula dgn kereta tamiya, kemudian kereta kawalan jauh dan kemudian lagi motor kriss, selepas itu motor CBR kesyangan beliau dan kini kereta putra( hak milik perkongsian AIDIL SUFIAN dan AIDIL AZLAN).

beliau merupakan saudara aku yg paling rapat. dari kecil lagi. bermain mercun bersama, memasang lampu pelita ini semua aktiviti wajib hari raya. dan kini aktiviti menukar mentol rumah atuk. hahaha. satu perkara yg membuat kan kami rapat ialah beliau seorang yg sgt membantu aku dlm semua perkara. terima kasih alan. dan beliau seorang yg sgt chill.

semoga kita terus menjadi saudara mara yg rapat.
sorry lah bro, tiada hadiah.kalau YTN masuk wa dah belikan turbo baru utk putra lu ohh. hahahaha. dan mari lah kita ber-DOTA-ing di amanah. hahahaha.

haziqemphaty.

Monday, March 9, 2009

Handphone Sony Ericsson Yang Menjadi Idaman.

Semenjak beberape hari ini, handphone aku sudah menunjuk kan tanda kedaifan dan kesukaran bernafas. Mungkin sudah tiba masa utk ia pergi. tapi memandangkan ketiadaan wang hasrat utk menukar handphone tidak akan kesampaian. Jadi ini antara handphone idaman aku selepas the ultimate W850i. Harapan la nk tukar handphone. oh. HARAPAN la jefri!




simptom kesukaran beroperasi. oh. jangan jahanam sudah. kalau nk btol kan rm 150. Lebih baik tukar handphone baru. hmmm..





ini handphone idaman. sony ericsson w980.
oh. jikalau kau menjadi milik ku.

sesiape boleh bagi cadangan handphone mane2 yg menarik utk di miliki.
terima kasih atas kerjasama.



haziq emphaty.

Friday, February 27, 2009

Bersyukur.

Alhamdulillah.
Keputusan semester kali ini agak baik.
Bersyukur sgt2 ke hadrat Ilahi.
Kepada rakan2 yg lain tahniah juga la.

Terima kasih ya semua yang membantu.
Kegagalan mengajar kita untuk terus berusaha.
Doakan semester 3 berjalan dengan lancar juga.
Insyallah.

ALHAMDULILLAH.


haziq emphaty.

Tuesday, February 24, 2009

"SELAMAT HARI LAHIR BONDAKU!"


Assalamualaikum!

Ini merupakan special post yg ikhlas dan bukan di pinta oleh sesiapa.
=)

Hari ini merupakan hari lahir BOnda tercinta ku..
Selamat hari lahir!
mari kita nyanyi

ALLAH selamat kan kamu,
ALLAH selamat kan kamu,
ALLAH selamatkan Bondaku ini,
ALLAh selamatkan kamu.

hehehe..

Semoga panjang umur dan murah rezeki!
Semoga sihat sentiase dan gembira2 selalu!
Semoga impian dan hasrat yg di inginkan tercapai!
Semoga kekal berbahagia bersama Abah!
hehe..

Beliau sgt terBAIK dlm masakan.
ape2 masakan beliau sgt sedap tau.
nk rase dtg la rumah.haha.

terima kasih kerana membesarkan haziq dgn kasih sayang yg cukup.
kalau kena bebel2 tu biase la kan, tak begitu kak tie? hahaha..
terima kasih.
terima kasih sgt!
Hanye ALLAh je dpt membalas budi jasa bonda.
=)
saya sayang Bonda sangat sangat sangat sangat!


yg tulus ikhlas dari insan yang bernama

Muhammad Haziq bin Azman

Sunday, February 22, 2009

"Warung Bini Saad"

selamat bertemu kembali ke rancangan B.O.S.A.N saje dinding itu.. haiz.. aku da tak tahu nak menulis tentang ape sudah. tapi tadi aku terlihat sesuatu yg menarik ketika pulang dari gemencheh.

"Warung Bini Saad"

Ia telah membuatkan semua org konfius dan jugak terase mahu gelak. Nama itu agk unik dan jarang di temui. Lantas aku berfikir. eh ade juga org nk gune name macam itu utk kedai beliau. Wah. sgt berani langkah beliau. Kerana ape berani? Sebab nama itu bakal menimbulkan pencanggahan.

Pencanggahan tersebut adalah :

1. Jika seseorang individu bertanyakan kepada anda, anda makan dimana.

Dan anda menjawab "warung bini saad"
Itu akan membuatkan mereka bertanya sekali lagi.
"yela, ape name tempat tu"
dan anda terpakse mengulang jawapan anda kerana mereka sangka anda hendak bermain-main suku kata dgn beliau .Dan perkara itu akan berlanjutan sesi tanya menanya sehingga salah seorang daripada anda menghentakkan kepala salah seorang kerana tidak puas hati. Ini adalah sgt mendukacitakan.

Namun begitu, ada juga kebaikan nya.
Kita tidak perlu lagi tanya siapakah gerangan pemilik kedai tersebut kerana kita sedia maklum bahawa empunya kedai itu adalah BINI kepada si SAAD.

Ironinya,
Jika sesebuah nama kedai itu menggunakan nama dalam bahasa melayu kita aku berasa sgt pelik. Tetapi cuba kita bayangkan ade kedai yg bernama dalam bahasa inggeris seperti Uncle Nims. Kita tidak pula berasa pelik. Nampak macam best je kan.
Tidak mustahil jika warung Bini Saad terkenal satu hari nanti pasti ia akan jadi ikutan ramai. Mesti warung itu akan jadi COOL giler.
Harap2 begitu lah. tapi macam HARAPAN la jefri oi.

kesimpulan nya jika aku nk bukak kedai mkan aku mahu cuba dgn nama

"WArung Cucunya Hj Arif"

pasti laku bukan?

p/s:

nasib baik dia buat Warung Bini Saad. Kalau dia buat Warung JANDA Saad, pasti warung itu akan di boikot oleh semua isteri di kampung tersebut kerana takot suami mereka aku cube usha janda tu dan menjadi warung kegemaran DUDA2 di kampung itu. HAHA.


haziq emphaty.

Monday, February 16, 2009

kembali.

Eaaaooeeh..
nada zack aku kembali.haha. Exam pon da habis. Mmg terbaeek-baeek ah.Tapi physics mmg puaka amat bak kate MIAM. Berharap Mr. zolman chill dan bagi kami semua markah yg tinggi ye Mr zolman kalau anda membace post ini. Sebelum final exam aku telah menjadi seperti KELIWON mcm dlm tv3 selame beberape hari. Makan byk.tido lambat.mmg pressure at atm la. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar. terima kasih la kepada semua pensyarah2 yg telah mengajar.tanpa anda siape la uniten.ceh.ayat nk ampu aje.kalu anda bace wahai pensyarah bagi la sya markah tinggi sikit ya.hehe. chill la.

YAhoo.
aku da kat batu pahat.
terbaeek.baeek.(mcm syafiq buat)
rumah manis rumah. ha? oh. home sweet home.
tapi bile balik rumah mcm ade yg hilang. oh. adik perempuan ku telah pergi ke MRSM GemenchehWAH.
sekarang tinggal abah n mak n zikri je.
semoga NUR HAMIZAH dpt menyesuikan diri disane dan terus berjaya.anda adalah harapan kami.hehehe.sori lmbt wish final exam la punca nya. haha.
dan semalam kami pergi melawat beliau. Dan kami telah mengambil berberape gambar permintaan khas kakak2 iaitu kak zah dan kak tie.

ini signboard utk ke sane. ha. pilih2 kiri ke kanan.

selamat mendaftar. haha.perhati kan atuk dan zikri. sama aje dua2 nie.

ini bangunan pengurusan mrsm.ini asrama beliau.kejam sungguh tidak membenarkan ibu bapa masuk.ini katil beliau.
beliau bersame emak dan nenek. opps ade zikri di hujung.ini beliau. NUR HAMIZAH.

selamat berjaya ye!
sekian.

eh.. hari 16 feb kan???
hari ini merupakan tanggal kelahiran kakak ku yg ke 2 iaitu NUR IZZATI.
dulu mase kecil aku selalu bergaduh dgn die. smpai ade telinga aku kena tarik smpai sakit.
ade juga peristiwa aku mengoyak kan buku matematik beliau.kadang2 berebut ayam goreng di meja makan dan selalunya aku yg dpt.hahaha. beliau sering memaksa aku membasuh bilik air.demand.hahahahah.apehal beliau tetap yg terbaik.
beliau seorg yg ceria dan menjadi raja lawak dlm keluarga kami.
kelebihan beliau boleh melawak secara spontan mahupun paksaan dan membuat siti fatimah menangis secara tiba2. hahaha.
beliau juga mempunyai kelebihan menghabiskan makanan dlam masa yg sgt singkat terutama pada hari raya.hahaha.gurau2 je kak tie, chill la.
sekarang beliau di kota bharu belajar di uitm.
dulu die mintak special post sempena birthday die.hahha.nah special post!
selamat hari jadi kak tie.semoga panjang umur murah rezeki dan berjaya selalu! menjadi kakak yg ceria selamenye ya. xde hadiah la.mintak kat abah eh. hahaha.


haziq emphaty.

Sunday, January 4, 2009

Here we Go 2009.

Ya.
Suda lama aku x update blog. almost 1 month kot. entah la. Tidak ada cerita nk di cerita kan.
pejam2 celik pejam kdg2 x celik da 2009. Wow. cepatnye mase berlalu. tahun 2008 da pergi.byk story 2008 yg berlaku kat aku.

"Kerja,result,uniten,kawan,family,love,repeat,duit"

mmg byk.tapi nk ulas semua nanti busan plak korang.
yes. thanks kepade sesiape yg menolong aku tahun 2008. thanks.

setiap kali tahun baru mesti ade azam baru.
ya. ade mmg ade azam baru.
mmg sgt klise azam "aku nk study rajin2 la tahun nie"
tapi ape boleh buat "manusia". hanye berubah bile di saat genting.

azam aku.

1. azam semua org kat uniten= study rajin2. Ya. study.
2. aku tak nak susahkan org.
3. be matured.
4. great life.

bythewaylead the way sir

i miss my FAMILY very2 much.
i miss them.
i miss them.

mybestfriends.
zuri emphaty,syapeak emphaty. aku rindu nk kongsi IMAGINASI kita. haha. aku x jumpe lagi org yg bole lepak lame2 berimaginasi tentang perkara2 yg pelik.haha. rindu mase lepak dowh.haha.

friends.
sorry la benda TAG tu aku x buat ye kwn2.
hope u guys chill.
reputasi MIAM.haha.

k la.
till then.

-Haziq Emphaty-