Friday, February 27, 2009

Bersyukur.

Alhamdulillah.
Keputusan semester kali ini agak baik.
Bersyukur sgt2 ke hadrat Ilahi.
Kepada rakan2 yg lain tahniah juga la.

Terima kasih ya semua yang membantu.
Kegagalan mengajar kita untuk terus berusaha.
Doakan semester 3 berjalan dengan lancar juga.
Insyallah.

ALHAMDULILLAH.


haziq emphaty.

Tuesday, February 24, 2009

"SELAMAT HARI LAHIR BONDAKU!"


Assalamualaikum!

Ini merupakan special post yg ikhlas dan bukan di pinta oleh sesiapa.
=)

Hari ini merupakan hari lahir BOnda tercinta ku..
Selamat hari lahir!
mari kita nyanyi

ALLAH selamat kan kamu,
ALLAH selamat kan kamu,
ALLAH selamatkan Bondaku ini,
ALLAh selamatkan kamu.

hehehe..

Semoga panjang umur dan murah rezeki!
Semoga sihat sentiase dan gembira2 selalu!
Semoga impian dan hasrat yg di inginkan tercapai!
Semoga kekal berbahagia bersama Abah!
hehe..

Beliau sgt terBAIK dlm masakan.
ape2 masakan beliau sgt sedap tau.
nk rase dtg la rumah.haha.

terima kasih kerana membesarkan haziq dgn kasih sayang yg cukup.
kalau kena bebel2 tu biase la kan, tak begitu kak tie? hahaha..
terima kasih.
terima kasih sgt!
Hanye ALLAh je dpt membalas budi jasa bonda.
=)
saya sayang Bonda sangat sangat sangat sangat!


yg tulus ikhlas dari insan yang bernama

Muhammad Haziq bin Azman

Sunday, February 22, 2009

"Warung Bini Saad"

selamat bertemu kembali ke rancangan B.O.S.A.N saje dinding itu.. haiz.. aku da tak tahu nak menulis tentang ape sudah. tapi tadi aku terlihat sesuatu yg menarik ketika pulang dari gemencheh.

"Warung Bini Saad"

Ia telah membuatkan semua org konfius dan jugak terase mahu gelak. Nama itu agk unik dan jarang di temui. Lantas aku berfikir. eh ade juga org nk gune name macam itu utk kedai beliau. Wah. sgt berani langkah beliau. Kerana ape berani? Sebab nama itu bakal menimbulkan pencanggahan.

Pencanggahan tersebut adalah :

1. Jika seseorang individu bertanyakan kepada anda, anda makan dimana.

Dan anda menjawab "warung bini saad"
Itu akan membuatkan mereka bertanya sekali lagi.
"yela, ape name tempat tu"
dan anda terpakse mengulang jawapan anda kerana mereka sangka anda hendak bermain-main suku kata dgn beliau .Dan perkara itu akan berlanjutan sesi tanya menanya sehingga salah seorang daripada anda menghentakkan kepala salah seorang kerana tidak puas hati. Ini adalah sgt mendukacitakan.

Namun begitu, ada juga kebaikan nya.
Kita tidak perlu lagi tanya siapakah gerangan pemilik kedai tersebut kerana kita sedia maklum bahawa empunya kedai itu adalah BINI kepada si SAAD.

Ironinya,
Jika sesebuah nama kedai itu menggunakan nama dalam bahasa melayu kita aku berasa sgt pelik. Tetapi cuba kita bayangkan ade kedai yg bernama dalam bahasa inggeris seperti Uncle Nims. Kita tidak pula berasa pelik. Nampak macam best je kan.
Tidak mustahil jika warung Bini Saad terkenal satu hari nanti pasti ia akan jadi ikutan ramai. Mesti warung itu akan jadi COOL giler.
Harap2 begitu lah. tapi macam HARAPAN la jefri oi.

kesimpulan nya jika aku nk bukak kedai mkan aku mahu cuba dgn nama

"WArung Cucunya Hj Arif"

pasti laku bukan?

p/s:

nasib baik dia buat Warung Bini Saad. Kalau dia buat Warung JANDA Saad, pasti warung itu akan di boikot oleh semua isteri di kampung tersebut kerana takot suami mereka aku cube usha janda tu dan menjadi warung kegemaran DUDA2 di kampung itu. HAHA.


haziq emphaty.

Monday, February 16, 2009

kembali.

Eaaaooeeh..
nada zack aku kembali.haha. Exam pon da habis. Mmg terbaeek-baeek ah.Tapi physics mmg puaka amat bak kate MIAM. Berharap Mr. zolman chill dan bagi kami semua markah yg tinggi ye Mr zolman kalau anda membace post ini. Sebelum final exam aku telah menjadi seperti KELIWON mcm dlm tv3 selame beberape hari. Makan byk.tido lambat.mmg pressure at atm la. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar. terima kasih la kepada semua pensyarah2 yg telah mengajar.tanpa anda siape la uniten.ceh.ayat nk ampu aje.kalu anda bace wahai pensyarah bagi la sya markah tinggi sikit ya.hehe. chill la.

YAhoo.
aku da kat batu pahat.
terbaeek.baeek.(mcm syafiq buat)
rumah manis rumah. ha? oh. home sweet home.
tapi bile balik rumah mcm ade yg hilang. oh. adik perempuan ku telah pergi ke MRSM GemenchehWAH.
sekarang tinggal abah n mak n zikri je.
semoga NUR HAMIZAH dpt menyesuikan diri disane dan terus berjaya.anda adalah harapan kami.hehehe.sori lmbt wish final exam la punca nya. haha.
dan semalam kami pergi melawat beliau. Dan kami telah mengambil berberape gambar permintaan khas kakak2 iaitu kak zah dan kak tie.

ini signboard utk ke sane. ha. pilih2 kiri ke kanan.

selamat mendaftar. haha.perhati kan atuk dan zikri. sama aje dua2 nie.

ini bangunan pengurusan mrsm.ini asrama beliau.kejam sungguh tidak membenarkan ibu bapa masuk.ini katil beliau.
beliau bersame emak dan nenek. opps ade zikri di hujung.ini beliau. NUR HAMIZAH.

selamat berjaya ye!
sekian.

eh.. hari 16 feb kan???
hari ini merupakan tanggal kelahiran kakak ku yg ke 2 iaitu NUR IZZATI.
dulu mase kecil aku selalu bergaduh dgn die. smpai ade telinga aku kena tarik smpai sakit.
ade juga peristiwa aku mengoyak kan buku matematik beliau.kadang2 berebut ayam goreng di meja makan dan selalunya aku yg dpt.hahaha. beliau sering memaksa aku membasuh bilik air.demand.hahahahah.apehal beliau tetap yg terbaik.
beliau seorg yg ceria dan menjadi raja lawak dlm keluarga kami.
kelebihan beliau boleh melawak secara spontan mahupun paksaan dan membuat siti fatimah menangis secara tiba2. hahaha.
beliau juga mempunyai kelebihan menghabiskan makanan dlam masa yg sgt singkat terutama pada hari raya.hahaha.gurau2 je kak tie, chill la.
sekarang beliau di kota bharu belajar di uitm.
dulu die mintak special post sempena birthday die.hahha.nah special post!
selamat hari jadi kak tie.semoga panjang umur murah rezeki dan berjaya selalu! menjadi kakak yg ceria selamenye ya. xde hadiah la.mintak kat abah eh. hahaha.


haziq emphaty.